
Isnin , 26-10-2020 – Tahanan Palestin Maher al-Akhras telah memasuki hari ke-88 mogok lapar sebagai tunjuk perasaan atas pendedahannya terhadap ketidakadilan pihak pentadbiran ke atas tahanan.
Menurut Pejabat Media Asra, keadaan kesihatan tahanan Akhras telah mencapai tahap kritikal di Hospital Kaplan kerana mogok laparnya yang berpanjangan dan penolakannya untuk mengambil vitamin atau cairan.
Kesihatannya digambarkan sebagai sangat membimbangkan dan bertambah buruk kerana beliau turut menderita kelemahan fizikal yang serius, kekejangan berulang dan pitam, rasa sakit di kepala dan perut yang berterusan, dan kesukaran untuk mendengar dan mengenali orang lain.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul