Categories
Berita Semasa

COVID-19: 5 Kematian, 453 Kes Baharu di Palestin Dalam Tempoh 24 Jam

Rabu , 28-10-2020 –  Mai Al-Kailah, Menteri Kesihatan Palestin, melaporkan bahawa 5 kematian yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 453 jangkitan baharu, dan 360 kes sembuh telah direkodkan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Kailah menyatakan dalam laporan epidemiologi harian coronavirus bahawa 5 kematian dicatatkan di Tebing Barat terdiri seorang lelaki berusia 65 tahun dari Ya`bad, seorang wanita, 42, dari Jenin, seorang lelaki berusia 64 tahun dari Tulkarem, seorang wanita, 68, dari al-Khalil, dan seorang lelaki berusia 77 tahun dari Bani Naim.

Kes-kes baharu adalah seperti berikut: al-Khalil (48), Nablus (104), Bethlehem (38), Qalqilya (23), Ramallah dan Al-Bireh (39), Jenin (19), Jericho dan Al Aghwar (7), Salfit (20), Tulkarem (29), Tubas (5), Semenanjung Gaza (111), dan pinggiran kota Baitulmaqdis (10), kata menteri berkenaan.

Mengenai kes sembuh, 247 kes dicatat di Tebing Barat seperti berikut: 48 al-Khalil, 15 Jenin, 9 Salfit, 23 Tulkarem, 125 Ramallah dan Al-Bireh, 27 Tubas, dan 113 di Semenanjung Gaza, katanya.

Angka kes sembuh mencapai 88.1 peratus sementara kadar jangkitan aktif mencapai 11.1 peratus, dan kadar kematian adalah 0.8% dari semua jangkitan, kata menteri itu.

Kailah menunjukkan bahawa terdapat 41 pesakit kritikal yang telah dimasukkan ke unit rawatan rapi termasuk 8 yang telah ditempatkan di bawah alat bantuan pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul