
Isnin , 02-11-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah pada hari Selasa lalu mengumumkan 4 kematian, 576 kes baharu, dan 389 kes sembuh baharu berkaitan coronavirus telah dicatatkan dalam tempoh 24 jam terakhir.
Kementerian berkenaan menyatakan dalam laporan epidemiologi harian coronavirus bahawa kadar kes sembuh mencapai 88.2 peratus sementara kadar kes aktif mencapai 11 peratus, dan kadar kematian adalah 0.8% dari semua jangkitan.
Kes-kes baharu terbahagi seperti berikut: al-Khalil 64, Nablus 88, Bethlehem 34, Qalqilya 4, Ramallah dan Al-Bireh 42, Jenin 37, Jericho dan Al-Aghwar 22, Salfit 17, Tulkarem 38, Semenanjung Gaza 199, dan pinggir bandar Baitulmaqdis 27.
Kementerian juga memberitahu bahawa terdapat 40 pesakit kritikal yang telah dimasukkan ke unit rawatan rapi termasuk 6 yang telah ditempatkan di bawah alat bantuan pernafasan.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul