
Isnin , 02-11-2020 – Segerombolan pendatang pelampau Yahudi pada Isnin memasang kawat berduri dan meratakan sebahagian besar tanah Palestin di timur bandar al-Dhahiriya, selatan al-Khalil.
Menurut sumber tempatan, para pendatang mengiringi tentera yang menyerbu dusun Zannouta hamlet ke timur bandar al-Dhahiriya sebelum memulakan pemasangan kawat berduri dan meratakan tanah milik keluarga Jabareen dan al-Tal.Manakala tentera rejim zionis menyerbu bandar al-Ramadin di selatan al-Khalil dan menggeledah beberapa rumah.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati