Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Serbu Masjid Al-Aqsa

Rabu , 04-11-2020 –  Ahad lalu berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi telah menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa yang suci, melakukan upacara Talmud dan meletupkan shofar di tanah perkuburan pintu Al-Rahma di bawah perlindungan polis yang berat.

Sumber tempatan melaporkan bahawa polis Israel yang hadir di Gerbang Magharabi membuka pintu untuk puluhan peneroka menyerbu Masjid secara berkumpulan. Pasukan khas Israel telah melindung para peneroka untuk menyerbu dataran Masjid.

Pasukan polis Israel menutup Gerbang Magharabi setelah 47 orang peneroka memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa, menurut sumber tersebut.

Rabi pelampau Yehuda Glick telah menyerbu tanah perkuburan Bab al-Rahma di dinding timur Masjid Al-Aqsa dan meletupkan shofar berdekatan makam para Sahabat dan umat Islam.

Sementara itu, rakyat Palestin dari Palestin 1948 meneruskan penganjuran program perjalanan ke al-Aqsa sebagai sebahagian daripada al-Aqsa “Bayarek” atau projek konvoi.

Persatuan Konvoi Al-Aqsa, yang aktif di Palestin 1948, telah sejak sekian lama mengatur perjalanan percuma untuk mengangkut jemaah Palestin dengan bas dari semua kawasan ke Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.

Idea konvoi Al-Aqsa telah diilhamkan sejak bertahun-tahun dahulu, ketika gerakan Islam khususnya dan rakyat Palestin 1948 umumnya telah menganjurkan konvoi tersebut untuk memperkuatkan kehadiran Arab dan Islam di Baitulmaqdis dan mencegah Zionis daripada melaksanakan kuasanya ke atas Masjid.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Baitulmaqdis menyaksikan peningkatan jumlah serangan kumpulan peneroka haram Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dengan alasan untuk merayakan percutian Ibrani walaupun kota itu di bawah perintah penutupan.

Sementara itu, semenjak tiga hari lalu, pekarangan Masjid Al-Aqsa menyaksikan demonstrasi besar-besaran sebagai tanda sokongan untuk Nabi Muhammad.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul