
Rabu, 25-11-2020 – Pihak berkuasa Israel pada pagi Isnin telah mengusir sebuah keluarga Palestin setelah merobohkan kediaman mereka di bandar Kafr Qasem Palestin, timur Tel Aviv, dengan alasan bahawa ia adalah pembinaan tidak berlesen.
Alaa Odeh dan keluarganya telah lama melalui proses undang-undang yang panjang untuk memberhentikan perobohan rumah mereka agar mereka berpeluang mendapatkan permit, tetapi usaha mereka tidak berhasil.
Mahkamah majistret Israel di kota Petah Tikva menolak rayuan yang diajukan baru-baru ini oleh peguam keluarga tersebut untuk membekukan arahan perobohan.
13 kediaman lain yang berpenghuni di kawasan tenggara Kafr Qasem juga diancam perobohan, menurut sumber tempatan.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul