
Jumaat, 04-12-2020 – Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kailah mengumumkan pada Rabu semalam bahawa terdapat 2,188 kes baharu jangkitan Koronavirus direkodkan di Palestin dengan 16 kematian selepas 9,567 ujian dibuat dalam tempoh 24 jam.
Beliau menyatakan demikian dalam laporan harian epidemiological Koronavirus, kes baharu merebak mengikut geografi kepada 1,453 kes di Tebing Barat dan 735 di Semenanjung Gaza. Beliau berkata lagi, 1,051 dilaporkan sembuh. 696 dari Tebing Barat manakala 355 kes dari Semenanjung Gaza.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin