Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyerbu Tayasir dan menangkap penduduk.

Isnin, 07-12-2020 – Rejim Zionis menyerbu desa Tayasir yang terletak di timur laut daerah Tubas. Mereka menangkap penduduk dan menceroboh sejumlah rumah di daerah tersebut.

Aktivis Hak Asasi Manusia, Aref Daraghimeh menyatakan, pasukan pendudukan penjajahan Israel menyerbu daerah tersebut pada lewat petang. Mereka menceroboh dan menggeledah masuk rumah rakyat Palestine dan menangkap beberapa orang pemuda Palestine. Antara yang
di tangkap ialah Salama Dabak dan Zahi Abu Ali.

Desa Tayasir sering menjadi sasaran pencerobohan pasukan pendudukan penjajahan Israel. Mereka telah mendirikan pos tentera di sana. Desa Tayasir merupakan lokasi penting kerana ia terletak di tengah-tengah jalan penduduk Palestine ke tanah mereka di lembah Yordan Utara.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar