Categories
Berita Semasa

PBB Minta Siasat Pembunuhan dan Kecederaan Kanak-Kanak Palestin

Isnin, 07-12-2020 – Pejabat Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa (PBB) meminta penjajah Israel untuk segera melakukan siasatan secara telus dan bebas terhadap semua kes penggunaan kekuatan oleh pasukannya yang menyebabkan kematian atau cedera, dan meminta pertanggungjawaban mereka yang bertanggung jawab atas kejahatan tersebut.

“Menurut undang-undang antarabangsa, penggunaan kekuatan mematikan hanya diizinkan sebagai usaha terakhir, sebagai tindak balas atas ancaman terhadap nyawa atau cedera serius,” tegas Pejabat Hak Asasi Manusia PBB dalam pernyataan yang dikeluarkan hari Rabu (2/12/2020).

Pernyataan tersebut menambah, lemparan batu kesannya tidak menimbulkan ancaman, selain itu penggunaan kekerasan perlu dilakukan dengan cara yang seminima mungkin menimbulkan kerugian.

Pejabat Hak Asasi Manusia PBB menjelaskan bahawa tembakan di kepala atau bahagian atas tubuh tidak memenuhi persyaratan ini. Kanak-kanak diberikan perlindungan khusus di bawah undang-undang antarabangsa dan perlu dilindungi dari kekerasan setiap masa. Mereka tidak boleh terkena risiko kekerasan atau didorong untuk terlibat di dalamnya.

Pernyataan tersebut menyatakan bahawa pasukan penjajah Israel menyebabkan kecederaan parah sekurang-kurangnya empat kanak-kanak dengan peluru tajam dan peluru logam berlapis dalam insiden berasingan di Tebing Barat dalam tempoh dua minggu terakhir.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman