Categories
Berita Semasa

EU Seru Siasatan Segera Kematian Kanak-Kanak Palestin Akibat Peluru Israel

Selasa, 08-12-2020 – Kesatuan Eropah (EU) menyeru agar dilakukan siasatan atas pembunuhan yang dilakukan tentera penjajah Israel terhadap kanak-kanak Palestin, Ali Abu Alia (13 tahun), di kota Ramallah, wilayah tengah Tebing Barat.

Perwakilan EU di wilayah Palestin yang diduduki Israel, Seven Kun von Burgsdorf, dalam sebuah pernyataan kelmarin mengatakan, “Saya menyeru agar dilakukan siasatan dan pertanggungjawaban segera terhadap para pelaku kejahatan ini.” Beliau menyatakan bahawa “kanak-kanak memiliki perlindungan khusus di bawah undang-undang antarabangsa.”Katanya “Berapa banyak kanak-kanak Palestin lainnya yang akan terdedah dengan ancaman penggunaan senjata mematikan yang berlebihan oleh pasukan Israel?!”

Beliau mengungkapkan bahawa pihaknya mengecam kejahatan pembunuhan ini dan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Abu Alya meninggal dunia akibat cedera di tembak di perut oleh peluru penjajah Israel, pada Jumaat (4/12/2020), ketika berlaku pertembungan yang meletus di desa Al Mughayer. Mangsa sempat dilarikan ke Kompleks Perubatan “Palestina” di Ramallah dalam keadaan kritikal dan kemudiannya dimaklumkan telah meninggal dunia.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman