
Rabu, 09-12-2020 – Isnin petang (7/12/2020), pasukan penjajah Israel menembak seorang pemuda Palestin di pos pemeriksaan tentera Qalandia, di utara al-Quds yang diduduki penjajah Israel. Dengan alasan bahawa mangasa berusaha melakukan serangan tikaman.
Saluran TV7 Israel melaporkan bahawa seorang pemuda Palestin berusaha melakukan serangan tikaman di pos pemeriksaan militan Qalandia. Saluran televisyen Israel ini melaporkan, tidak ada yang tercedera dalam kalangan prajurit Israel dalam usaha serangan tersebut.
Menurut laporan media Israel, pemuda Palestin tersebut cedera parah.
Sementara itu saluran TV13 Israel mengatakan, seorang pemuda Palestin berusaha melakukan serangan tikaman dan berjaya diamankan dengan (ditembak) oleh tentera penjajah Israel.
Dari awal tahun 2020 ini hingga akhir Oktober lalu, gerakan Defense for Children International telah merekordkan kematian tujuh remaja Palestin yang berusia antara 13 hingga 17 tahun, kerana ditembak oleh tentera penjajah Israel.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman