Ram Allah di serang


Selasa, 5/10/2004-Pengganas Israel telah menembak syahid 2 orang rakyat Palestin semasa
pencerobohan di Tebing Barat di bandar Ram Allah.


Media melaporkan awal Selasa ini, polis Israel yang menyamar turut tercedera dalam serangan tersebut.

Radio Israel melaporkan seorang ahli senior pejuang HAMAS telah ditangkap beserta 4 yang lain.
Tembakan tersebut dilakukan sejurus sejam selepas seorang aktivis Palestin ditembak syahid apabila cuba mendekati penempatan haram Yahudi di Jalur Gaza.

Hari ini adalah hari ke-6 serangan besar2-an pengganas Israel di kawasan utara Gaza. (Ini merupakan kononnya balas dendam atas kematian 2 budak Israel akibat roket al-Qassam).

Siasatan UN (perhatian tindakan UN)

Ketua UN, Kofi Anan mengumumkan akan melancarkan siasatan berhubung dakwaan Israel bahawa aktivis Palestin menyalahgunakan ambulan untuk membawa senjata dan mengarahkan Israel menunjukkan bukti untuk menyokong dakwaan, menurut jurucakap beliau Isnin lalu (4/10/2004).

Pengganas Israel turut menyiarkan keratan video yang menunjukkan pejuang Palestin menggunakan ambulan untuk membawa roket di Jalur Gaza.
pada Sabtu lepas(2/10/2004).

Peter Hansen, ketua UNRWA yang telah menonton keratan video tersebut mengatakan gambar yang agak kelabu itu (blurry) hanya menyiarkan
pihak perubatan membaling pengusung ke dalam ambulan.