
Isnin, 14-12-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah mengumumkan pada hari Rabu lalu bahawa 23 kematian, 1,883 kes baharu serta 1,636 kes pulih coronavirus dicatatkan dalam tempoh 24 jam terakhir.
Menteri Kesihatan Palestin Mai Al-Kailah menyatakan dalam laporan epidemiologi harian coronavirus bahawa 16 kematian dicatatkan di Tebing Barat dan tujuh kematian di Semenanjung Gaza.
Menteri itu menyatakan bahawa kadar kes pulih coronavirus mencapai 76.7 peratus sementara kadar jangkitan aktif mencapai 22.4 peratus, dan kadar kematian adalah 0.8% dari semua jangkitan.
Kailah memberitahu bahawa terdapat 84 pesakit kritikal yang telah dimasukkan ke unit rawatan intensif termasuk 25 yang telah ditempatkan di bawah bantuan alat pernafasan.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul