Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi serang rumah penduduk Palestin.

Selasa, 15-12-2020 – Pendatang haram Yahudi bertindak menyerang rumah milik penduduk Palestin yang terletak di perkampungan Adeesa, timur al-Khalil pada tengah malam Sabtu, lapor  saksi tempatan.

Tambahnya lagi, sekumpulan pendatang Yahudi berkumpul di kampung itu selepas tengah malam dan menghina serta mengancam penduduk tempatan. Kata penduduk, pendatang turut mengugut akan membunuh  dan membakar rumah mereka.

Sementara itu, pihak rejim Israel membuat  sekatan jalan ke laluan masuk  beberapa kebun di selatan al-Khalil dan kawasan pinggir bandar Halhul, utara al-Khalil pagi Ahad.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin