Categories
Berita Semasa

Indonesia menafikan berita tentang normalisasi dengan Israel

Jumaat, 18-12-2020 – Kementerian Luar Indonesia menafikan laporan akhbar terkini tentang kemungkinan rancangan normalisasi di antara Indonesia dan Israel.

Teuku Faizasyah, jurucakap Kementerian Luar Indonesia berkata pada Selasa, “Ada dua perkara yang saya ingin katakan tentang isu ini. Pertama, kementerian luar tidak pernah berhubung dengan Israel. Kedua, kementerian ini menyokong Palestin sebagai sebahagian tanggungjawabnya dan bertepatan dengan mandat perlembagaan”, menurut laman sesawang Berita Satu.

Israel Hayom, satu akhbar Hebrew, melaporkan yang pegawai kanan sebuah negara Islam yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, tiba dua minggu lalu di Tel Aviv dan bertemu dengan pegawai Israel. Ia menyatakan bahawa delegasi negara Muslim itu dari Asia, diketuai oleh penasihat kanan presiden negara itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati