
Isnin, 01/04/08 –Dr. Atef Odwan, Menteri Hal Ehwal tahanan dan bekas tahanan bagi kerajaan Haneyya Isnin lalu mengecam keras institusi hak asasi manusia dunia kerana mengabaikan penderitaan tahanan-tahanan Palestin di penjara Israel.
Ulasan Odwan telah dipetik dalam satu perhimpunan sebagai menyokong tahanan-tahanan Palestin ang dianjurkan oleh Pergerakan Fatah Al-Yaser di Gaza di mana beliau juga kesal dengan Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) yang tidak menggunakan mandatnya berkaitan perkara-perkara yang melibatkan tahanan-tahanan Palestin di penjara-penjara Israel.
Beliau berkata bahawa ICRC perlu membantu tawanan-tawanan Palestin di penjara Israel dengan memaksa pihak berkuasa Israel memperlakukan tahanan secara berperikemanusiaan dan membenarkan keluarga mereka melawat sepertti yang dibenarkan oleh undang-undang dan konvensyen-konvensyen antarabangsa.