Categories
Berita Semasa

137 Peneroka Haram Cemar Masjid Al-Aqsa di Bawah Pengawasan Polis

Rabu, 23-12-2020 –  Berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi pada pagi Isnin lalu telah mencemari Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Yang Diduduki, di kala polis melarang jemaah Islam untuk memasuki masjid.

Menurut sumber tempatan, 137 peneroka memasuki masjid melalui Pintu al-Maghariba dan menziarah halamannya di bawah perlindungan polis yang ketat.

Yehuda Etzion, seorang pengganas Yahudi yang terkenal, memimpin salah satu kumpulan peneroka haram yang mencemarkan tempat suci Islam tersebut.

Etzion, yang pada suatu masa lalu terlibat dalam melakukan serangan keganasan ke atas rakyat Palestin dan merancang untuk meletupkan Kubah Batu Masjidil Aqsa pada tahun 1980-an, dilaporkan dilihat memegang peta Haram al-Sharif (yang dikenali oleh Yahudi sebagai Temple Mount) dan menunjukkannya kepada peneroka muda semasa lawatan di Masjid.

Sementara itu, pasukan polis Israel telah menghalang beberapa jemaah Islam dari memasuki Masjid serta beberapa yang lain dari berada di kawasan tertentu di halaman Masjid semasa lawatan peneroka haram berkenaan dan memaksa yang lain meninggalkan tempat suci itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul