
Rabu,2/4/2008 –Pergerakan Hamas menyatakan bahawa keengganan PA Mahmoud Abbas menerima jemputan ketua biro politik Hamas datang ke Gaza dan berdialog tanpa syarat dengan Hamas merupakan satu lagi bukti yang Abbas tidak mahu menjadi presiden bagi semua rakyat Palestin, tetapi hendak kekal sebagai ketua Fatah dan untuk terus cenderung dalam menyokong Israel dan AS.
“Malangnya, ketua PA Mahmoud Abbas memilih hari pertama pilihan raya untuk pergi kepada Tel Aviv dan Washington; sedangkan, dia merupakan sebahagian
negeri Palestin dan yang bertanggungjawab dalam setiap rundingan yang diadakan,” Dr. Yahya Moussa, timbalan ketua Hamas, memberi pendapat.
Dr. Mousa menambah bahawa Abbas dan rombongan pengiringnya menukar hak-hak Palestin dan mengekalkan untuk pelaburan-pelaburan peribadi mereka, oleh itu berlaku perubahan pelabur-pelabur dan kontraktor-kontraktor.
“Kita menaruh harapan pada orang kita dan negara kita, tidak kira betapa sukarnya mereka. Bagi Fatah yang diketuai oleh Abbas, ia tidak mempunyai
projek atau pentas kebangsaan politikal; dan sejak mereka bertempur dengan kepentingan-kepentingan penduduk Palestin, erti nya mereka mengakhiri
sejarah Palestin,” penguatkuasa undang-undang menggariskan.