
Jumaat,4/4/2008 –Gerakan Hamas menegur sikap dingin negara serantau dan antarabangsa terhadap krisis di Semenanjung Gaza yang semakin buruk. Padahal semua pihak menurut Hamas bertanggungjawab ke atas krisis kemanusiaan yang berlaku sekarang.
Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menegaskan dalam pernyataan akhbarnya, Khamis (3/4) bahawa kegagalan berterusan negara-negara Arab dalam mengambil keputusan untuk membebaskan Semenanjung Gaza dari sekatan adalah tidak munasabah. Kegagalan itu
adalah akibat tekanan yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap pemerintahan Arab untuk terus membuat sekatan terhadap Semenanjung Gaza dan menghancurkan semua hasil proses demokrasi yang dilakukan oleh rakyat Palestin.