Hamas Desak Biden Batalkan Dasar Tidak Adil AS Terhadap Rakyat Palestin

Isnin, 25-01-2021 – Gerakan Hamas telah mendesak presiden AS Joe Biden untuk memperbetulkan polisi-polisi yang salah dan tidak adil terhadap rakyat Palestin yang telah diperkenalkan presiden terdahulu, dengan menekankan bahawa “tidak ada sesalan atas pemergian Donald Trump.”

“[Trump] telah menjadi sumber dan penaja terbesar ketidakadilan, keganasan dan ekstremisme dunia dan sekutu langsung penjajahan Israel dalam pencerobohan terhadap rakyat kami,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum dalam kenyataan media pada hari Rabu.

“Presiden AS Joe Biden mesti membalikkan arah tuju polisi-polisi yang salah dan tidak adil terhadap rakyat kami dan membina dasar untuk keselamatan dan kestabilan di rantau ini.”

Jurucakap itu menggesa presiden baharu itu “untuk membatalkan semua keputusan yang cuba untuk melemahkan perjuangan Palestin, terutama yang berkaitan dengan Baitulmaqdis dan pelarian, dan semestinya menghormati kehendak dan pilihan demokratik rakyat Palestin.”

Biden mengangkat sumpah pada hari Rabu di bangunan Capitol sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46, menggantikan presiden terdahulu Trump.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul