
Isnin, 01-02-2021 – Sekumpulan extremis Yahudi telah menyerang penggembala Palestin dan lembu mereka secara ganas di Kampung Kisan di timur Betlehem.
Ketua kampung tersebut, Ahmed Ghazal berkata, extremis Yahudi dari penempatan haram Ibei Hanahal telah melempar batu ke arah sekumpulan penggembala di Kisan dan mencederakan salah seorang dari mereka.
Tambah beliau, mereka juga melepaskan anjing bagi menyerang penggembala dan lembu mereka menyebabkan kecederaan kepada sebahagian dari biri-biri peliharaan mereka.
Baru-baru ini, extremis Yahudi telah bertindak lebih ganas terhadap penggembala dan petani Palestin di Kisan dan merampas sejumlah besar tanah di sekitar kampung mereka. Tentera negara haram Israel juga telah merobohkan sejumlah struktur dan kediaman dan menggemburkan tanah pertanian di kampung tersebut berkali-kali.
Dalam kejadian berasingan, seorang extremis Yahudi pada hari yang sama telah tercedera ketika warga Palestin telah bertindak balas dan memukulnya setelah dia menyusup masuk ke desa Burin Iraw di Nablus didalam keadaan mencurigakan seperti ingin melakukan serangan atau tindakan sabotaj.
Namun jurucakap tentera Israel mendakwa, beliau yang berasal dari perkampungan Har Brakha berjoging berdekatan kampung Burin Iraq ketika beliau diserang.
Tidaklama kemudian, tentera Israel telah menyerbu kampung itu dan menyekat pintu masuk ke kampung tersebut dengan lumpur dan batu yang kotor dan penduduk tempatan dilarang untuk keluar dan masuk dari tempat tersebut.
Menurut sumber tempatan, lebih 20 kenderaan berperisai milik tentera tersebut, sebuah jentolak dan sebuah kereta yang membawa pengawal keselamatan menyerang kampung itu dan berkeliaran di jalanan.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, extremis dari penempatan haram dan pos di Tebing Barat melakukan serangan keganasan dan kezaliman terhadap warga Palestin, rumah, kenderaan dan tanah mereka.
Serangan seumpama itu telah mendorong penduduk Tebing Barat untuk mempertahankan diri dan berwaspada terhadap setiap penyusupan oleh extremis ke kampung dan bandar mereka.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi