Categories
Berita Semasa

Gembala Palestin Cedera Dalam Letupan Senjata Zionis

Khamis , 11-03-2021 – Selasa lalu, seorang gembala Palestin cedera dalam letupan bom tentera Israel di sebelah timur bandar Yatta di selatan al-Khalil.

Fuad al-Amoor, koordinator jawatankuasa perlindungan dan ketabahan di al-Khalil, mengatakan bahawa gembala tersebut, Ali Atalah, membawa kawanan biri-birinya untuk meragut rumput ketika letupan itu berlaku.

Dia menambah bahawa Atallah dikejarkan ke hospital kerajaan Aleya di mana keadaannya disifatkan sebagai sederhana.

Rejim Zionis sering melakukan latihan ketenteraan di tanah Palestin dan kemudiannya meninggalkan bahan letupan yang tidak meletus, yang kemudiannya meletup dan terkena petani dan gembala Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul