
Rabu , 17-03-2021 – Pihak berkuasa rejim Zionis pada hari Ahad lalu telah meluluskan penyitaan puluhan dunum tanah Palestin di Bethlehem, selatan Tebing Barat.
Pengarah Pejabat Pihak Berkuasa Penentangan Tembok dan Penempatan, Hassan Brijieh mengatakan bahawa rejim Zionis telah meluluskan rancangan penempatan yang akan merampas beberapa tanah yang berdekatan dengan penempatan Beitar Illit A, Lembangan No. 3 dan Lembangan No.4 di kawasan Mersyah dan Khirbat al-Kabra dari tanah Nahalin. Selain itu, Lembangan No. 3 di daerah Wadi Abu Al Hamra dari tanah perkampungan Husan di sebelah barat juga akan disita.
Brijieh mnegaskan bahawa keputusan ini bertujuan untuk mengubah tanah-tanah sasaran ini untuk menjadi tempat awam dan jalan raya untuk peneroka haram dan penempatan Yahudi.
Dalam perkembangan lain, rejim Zionis juga telah memusnahkan sebilangan besar tanah di kawasan Palestin di Khirbet Zanuta, di sebelah timur kota Dhahriya, di selatan al-Khalil.
Fayez Khedirat, ketua Majlis Desa mengatakan bahawa jentolak rejim Zionis mulai memusnahkan tanah milik keluarga Al-Tal, di sebelah timur Zanuta, untuk memberi laluan kepada kawasan industri Israel yang disebut “Majlis Daerah Penempatan”.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul