Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel Luluskan Pemusnahan Khirbet al-Maitya di Lembah Jordan

Isnin, 22-03-2021 – Mahkamah Agung Israel pada hari Selasa lalu telah meluluskan permohonan untuk merobohkan Khirbet al-Mateh di utara Lembah Jordan.

Moataz Basharat, pegawai Lembah Jordan di Tubas, berkata dalam suatu kenyataan media bahawa pada hari Isnin lalu Mahkamah Agung Israel telah menolak petisyen yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penempatan untuk menentang notis peruntuhan yang disampaikan sekitar sebulan lalu kepada 26 buah keluarga Palestin dari Khirbet.

Dalam perkembangan yang lain, peneroka haram Yahudi di perkampungan Kharsina telah memusnahkan tanah pertanian di daerah Baqaa, di sebelah timur al-Khalil.

Pemilik tanah tersebut, Aref Jaber, mengatakan dalam satu kenyataan media bahawa para peneroka tersebut sedang berusaha merampas 25 dunum tanahnya secara paksa, melalui kerja-kerja pembajakan dan pengembangan haram di atasnya.

Peneroka haram telah cuba mengusir Jaber dari tanahnya serta melanggarnya. Ini adalah cubaan kali kelima belas peneroka haram untuk merampas tanahnya.

Dia menambah bahawa aktivis dari kumpulan pembela hak asasi manusia dan aktivis penentang popular telah datang untuk memberi sokongan dan mengusir para peneroka tersebut.

Jaber meminta pihak berkuasa Palestin untuk menghulur sokongan dan melindungi tanahnya dari peneroka haram.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul