Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Serang Para Petani dan Nelayan di Gaza

Selasa, 23-03-2021 – Pasukan rejim Zionis pada pagi Ahad lalu telah menyerang petani dan nelayan Palestin di Semenanjung Gaza yang terkepung.

Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) mengatakan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan dari pos tentera di belakang pagar sempadan ke arah sekumpulan petani ketika mereka mengusahakan tanah mereka di sebelah timur Rafah (selatan Gaza).

Serangan tembakan rejim Zionis tersebut memaksa para petani meninggalkan kawasan itu dan pulang ke rumah.

Sementara itu, bot pembedil Israel melepaskan tembakan senapang ke beberapa bot nelayan semasa mereka berada di pesisiran Bandar Deir al-Balah di tengah Gaza.

Pasukan tentera laut juga menyasar para nelayan dengan meriam air dalam usaha untuk mengaramkan kapal mereka. Satu kapal dilaporkan mengalami kerosakan dalam serangan itu.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan tembakan rejim Zionis tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul