
Rabu, 24-03-2021 – Rejim zionis (IOA) pada Selasa memaksa dua warga Palestin agar memusnahkan kediaman mereka atas alasan pembinaan tidak berlesen.
Menurut sumber tempatan, Sami Obeid terpaksa memusnahkan rumah seluas 100 meter persegi miliknya yang dibina beberapa bulan lalu, setelah menerima makluman daripada perbandaran Israel.
Seorang lagi warga Baitulmuqaddis bernama Mohamed al-Sabah telah dipaksa memusnahkan rumahnya di kejiranan Ras Khamis dekat kem pelarian Shuafat.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati