Hamas: Kami Tidak Banyak Berharap Perubahan Dalaman Israel

Jumaat, 26-03-2021 – Hamas menyatakan bahawa pihaknya tidak banyak berharap dengan sebarang perubahan di dalam Israel. Beliau menegaskan bahawa semua tindakan Zionis bertujuan mengukuhkan entiti mereka dengan mengorbankan hak Palestin.

Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menegaskan, identiti pemerintahan Israel mendatang tak akan mengubah karakter konflik Palestin vs penjajah Zionis. Barhum menyebutkan penjajah harus ditentang. Semua perubahan yang terjadi tidak akan menggoyahkan perjuangan Palestin untuk mengusir penjajah.

Menurut Barhum, Hamas percaya kepada cita-cita bangsa Palestin dan perjuangannya, sebagai hak yang sah membela bangsa, dan menghadapi penjajah dan konspirasinya serta menggagalkan semua usaha yang hendak menghapus kepentingan Palestin.

Pilihan raya Israel yang keempat dalam dua tahun ini berlangsung pada Selasa lalu, disertai 39 calon, yang terbesar dalam sejarah penjajah Israel, hasil awal memperlihatkan parti Likud pimpinan Benyamin Netanyahu meraih suara terbanyak dengan memenangi 31 kerusi.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman