Penceroboh Yahudi bersama keluarga mereka menyerbu tapak arkeologi Burnat di Nablus

Rabu, 31-03-2021 – Beratus penceroboh Yahudi pada hari Isnin telah menyerbu tapak arkeologi berdekatan Nablus di utara Tebing Barat yang diduduki.

Sumber tempatan berkata kumpulan penceroboh tersebut tiba dengan motorsikal dan bas ke kawasan Burnat yang terletak di atas Gunung Ebal, di utara Nablus.

Rejim Zionis dikerahkan ke jalan raya sekitar kawasan tersebut untuk memastikan keselamatan kumpulan penceroboh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan