Tentera Zionis Halang Banduan Daripada Lawatan Saudara Mara.

Isnin, 05/05/2008 –Pihak penjara Israel telah mengenakan denda USD 100 terhadap Amal Fayez Juma dan menghalang beliau daripada lawatan saudara mara selama 3 bulan.

Juma, 25, yang menjalani hukuman penjara 11 tahun, didenda sedemikian kerana atas tuduhan berbohong, peguam bela beliau berkata.

Akibat kesihatan Juma yang merosot, pihak saudara mara beliau telah menuntut beberapa badan perundangan untuk mendesak pihak penjara Israel membenarkan rawatan kepada beliau.

Juma dari kem pelarian Asker di Nablus menghidap penyakit tulang sebelum ditahan dan penyakit beliau semakin merosot disebabkan tiada rawatan diberikan. Beliau juga menghadapi sakit buah pinggang, rambut gugur dan gigi reput.