Categories
Berita Semasa

Wanita Warga Emas Palestin Terbunuh Dalam Langgar Lari Oleh Peneroka Haram Yahudi

Jumaat, 09-04-2021 – Seorang wanita warga emas Palestin disahkan meninggal dunia diakibatkan  kecederaan serius setelah dirempuh oleh kereta yang dipandu oleh seorang peneroka Yahudi di sebatang jalan di selatan al-Khalil di Tebing Barat Yang Diduduki, pada pagi Rabu lalu.

Menurut sumber tempatan, seorang peneroka yang memandu dengan laju merempuh wanita berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan parah. Kejadian berlaku di kawasan Muthalat as-Simya berhampiran bandar as-Samu, selatan al-Khalil.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Soroka di Beersheba di mana beliau disahkan meninggal dunia. Beliau dikenali sebagai Shafiqa Mohamed Abu Aqeel yang berusia 73 tahun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul