Ratusan Penduduk Yahudi Ceroboh Kawasan Bersejarah Di Kota Sabsatia

Jumaat, 09-04-2021 – Ratusan penduduk Yahudi, Rabu (7/4) memasuki kawasan bersejarah di kota Sabsatia, Nablus utara.Datuk bandar Sabsatia, Mohammad Azim dalam keterangan akhbarnya mengatakan, ratusan penduduk Yahudi memasuki kawasan bersejarah, dikawal ketat pasukan militan Israel. Mereka menutup ruang jalan menuju lokasi dan melarang penududuk Palestin memasuki kawasan tersebut.

Pencerobohan ini merupakan rangkaian agenda yang pernah diumumkan kelompok penduduk Yahudi, untuk memasuki kawasan bersejarah tersebut di setiap hari Rabu.

Azim menjelaskan bahawa sejak hampir 4 bulan lalu, para penduduk Yahudi memasuki kawasan tersebut pada setiap hari rabu dengan kawalan daripada pasukan militan Israel.

Pasukan Israel bertebaran di segenap pelosok di kawasan tersebut. Pencerobohan dilakukan para penduduk Yahudi untuk mendapat penguasaan tempat yang mereka dakwa sebagai peninggalan kaum Yahudi.

Dalam pada itu seorang warga Palestin mengalami cedera parah setelah dilanggar kenderaan penduduk Yahudi di kawasan Musalas Simiya, di kota Samu, Hebron selatan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman