
Isnin, 12-04-2021 – Tahanan Palestin Emad al-Battran, dari al-Khalil, telah memberhentikan mogok laparnya yang telah berlangsung selama 47 hari, berikutan janji Israel untuk menetapkan had masa untuk penahanan pentadbirannya, pada petang Rabu lalu.
Menurut Persatuan Tawanan Palestin, banduan Battran menerima janji dari pihak berkuasa untuk membebaskannya pada bulan Julai hadapan.
Disebabkan mogok laparnya yang berpanjangan, Battran menjadi kurus kering dan menjadi amat lemah serta menderita kesakitan fizikal dan radang kulit.
Battran memulakan mogok laparnya di penjara Megiddo sebelum beliau dipindahkan ke penjara Ramla (Ayalon), kemudian ke hospital dan baru-baru ini ke sel pengasingan di penjara Nitzan.
Battran telah ditahan dan dipenjara lebih dari sekali dan menghabiskan 10 tahun di penjara Israel, kebanyakannya di bawah tahanan pentadbiran. Pada tahun 2013, beliau melakukan mogok lapar terbuka selama 105 hari untuk membantah penahanan pentadbiran beliau dan kemudian pada tahun 2016 untuk tempoh 35 hari.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul