Categories
Berita Semasa

Pasukan Israel serang seksyen 22 Penjara Ofer

Selasa, 13-04-2021 – Pasukan penjara Israel telah menyerang Seksyen No. 22 Penjara Ofer pada hari Ahad dan melakukan pencarian menyeluruh, menurut Kelab Tawanan Palestin.

Para tahanan di Penjara Ofer dikenakan penindasan berterusan. Tahanan sebelumnya telah memutuskan untuk memprotes penindasan tersebut dan memulakan mogok lapar selepas kegagalan sesi dialog dengan pihak penjara Israel (IPS) yang menolak untuk menghentikan dasar penindasan dan penyalahgunaan.

IPS terus memberi amaran kepada para tahanan mengenai tujuannya untuk meningkatkan penindasan terhadap mereka dan mengancam memindahkan serta menyekat mereka yang bertanggungjawab terhadap protes.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar