Mofaz Anggap Pemulangan Bukit Golan Bagi Perluas Pengaruh Iran.

Rabu, 07/05/2008 –Shaol Mofaz, Timbalan Perdana Menteri Israel berkata, pemulangan Bukit Golan kepada Syria akan membuka ruang kepada kewujudan Iran Ia berikutan pengumuman mengenai perantaraan yang dilakukan Turki antara Israel dan Syria berhubung penyambungan semula rundingan damai yang terhenti sejak tahun 2000.

Mofaz menjelaskan kepada radio tentera Israel bahawa “sebarang pengunduran Israel dari Golan akan diterjemahkan dengan kewujudan Iran “di atas bukit itu yang dijajah Israel sejak tahun 1967.

Mofaz yang pernah menjawat jawatan menteri pertahanan serta ketua tentera menambah, “Syria adalah dari kalangan pelampau yang mana ini bermakna, Iran akan wujud di atas bukit tersebut yang dianggap sebagai kawasan strategic ekoran pemulangan bukit Golan tersebut.”