Puluhan Yahudi Ceroboh Perkarangan Masjid Al Aqsa

Rabu, 14-04-2021 – Sekitar 87 orang Yahudi, Isnin (12/4) menceroboh perkarangan Masjid Al Aqsa al-Mubarak, secara provokatif melalui pintu gerbang Maghoribah.

Bahagian wakaf Islam di al-Quds melaporkan bahawa pasukan polis Israel menutup pintu gerbang Maghoribah selepas pencerobohan tersebut, kemudian para penduduk Yahudi mengelilingi perkarangan masjid dengan kawalan ketat polis penjajah Israel.

Pihak polis Israel membenarkan para penduduk dan ekstrimis Yahudi untuk menceroboh Al Aqsa pada dua waktu, pagi mulai pukul 17:30 – 11:00 waktu al-Quds, dan tengahari setelah solat zohor.

Hampir setiap hari (selain Jumaat dan Sabtu) Masjid Al Aqsha menjadi sasaran pencerobohan dan penodaan oleh para penduduk Yahudi dan tentera Israel.

Sementara itu pihak pasukan Israel menahan para pegawai bahagian wakaf Islam dan para petugas keselamatan Al-Aqsha dan menyoal siasat.Tindakan ini dilakukan penjajah Israel dalam rangka mendapatkan penguasaan terhadap Masjid Al Aqsa dan memberkan kepada kaum Yahudi, seperti yang mereka lakukan terhadap masjid Ibrahimi di kota Hebron.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman