Categories
Berita Semasa

Hamas Sampaikan Ucapan Selamat Sempena Bulan Ramadhan Yang Suci

Khamis,15-04-2021 – Gerakan Hamas telah mengucapkan tahniah kepada rakyat Palestin serta negara-negara Muslim dan Arab lain sempena bermulanya bulan puasa Ramadhan.

Dalam siaran akhbar sempena peristiwa penuh berkat ini, Gerakan berkenaan telah memohon kepada Allah SWT untuk melimpahkan keberkatanNya kepada umat Islam pada bulan suci ini dan memberi mereka kekuatan untuk membebaskan tanah dan tempat-tempat suci mereka.

“Perpaduan masyarakat kita serta kesepakatan menyokong usaha penentangan adalah cara terbaik untuk mempertahankan hak mereka, melindungi kepentingan mereka dan menghadapi cabaran yang ada,” tegas Hamas.

“Adalah menjadi kewajipan ummah untuk menyokong Palestin, memperkuat keteguhan rakyat kita, memboikot dan memulau pendudukan Israel, menghapus pengepungan yang tidak adil di Gaza, mengakhiri penderitaan rakyat kita di kem Palestin di luar negera, dan menyokong hak mereka untuk kembali dan membebaskan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa,” tambahnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul