
Rabu, 07/05/2008 –Kumpulan empat penjuru Kuartet di Timur Tengah menggesa Israel supaya membekukan pembinaan penempatan di Tebing Barata. Ia menyuarakan kebimbangannya yang mendalam terhadap sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas Ghaza.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Mun memetik dari keterangan kuartet tersebut selepas perbincangan anggotanya di London sebagai berkata, “kuartet telah menyuarakan kebimbangannya yang mendalam terhadap aktiviti penempatan yang berterusan dan menggesa Israel supaya membekukan kesemua program penempatannya serta memecahkan lokasi penempatan yang dibina sejak Mac 2001.
Ban juga menyuarakan kebimbangan kuartet yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Eropah, Rusia dan PBB terhadap keadaan kemanusiaan yang teruk di Ghaza. Beliau menggesa di bawah nama kuartet supaya “meneruskan bantuan kecemasan dan kemanusiaan serta menyediakan perkhidmatan asasi ke Ghaza tanpa sebarang halanganâ€.