Tahap Kesihatan Tahanan Abu Aisyah Merosot Disebabkan Pengabaian Keperluan Perubatan

Jumaat,16-04-2021 – Tahanan Palestin dari al-Khalil,, Mohamed Abu Aisha, menghadapi masalah kesihatan yang semakin buruk di penjara Negev disebabkan keperluan perubatannya yang diabai oleh pihak penjara Israel.

Menurut Persatuan Tawanan Palestin, banduan Abu Aisha menderita beberapa masalah kesihatan, terutama diabetes kronik, tekanan darah tinggi, dan masalah-masalah berkaitan buah pinggang dan dada.

Abu Aisyah adalah salah seorang tahanan Palestin yang menderita penyakit coronavirus di penjara Negev awal tahun ini, tetapi beliau masih mengalami kesan-kesan daripada jangkitan.

Tahanan berkenaan telah ditahan secara pentadbiran sejak Oktober 2020. Beliau adalah bekas tahanan yang telah menghabiskan beberapa tahun di penjara Israel yang berbeza, kebanyakannya di bawah tahanan pentadbiran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul