Jordan Menyelar Tindakan Ganas Israel Di Masjid Al-Aqsa

Jumaat,16-04-2021 – Amman: Jordan menyelar tindakan ganas berterusan oleh Israel di Masjid Al-Aqsa pada Rabu.

Terkini, mereka mensabotaj pintu Gerbang Al-Silsila, memotong wayar pembesar suara di bahagian barat dan menghina kakitangan Jabatan Waqaf Islam Jordan.

Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Dhaifallah Al-Fayez berkata, tindakan tersebut adalah tidak boleh diterima dan terkutuk.

“Ini adalah tindakan provokasi terang-terangan menyerang perasaan umat Islam,” jelas beliau.

Fayez turut menekankan bahawa Masjid Al-Aqsa meliputi 144 dunum ini adalah kawasan ibadat khas umat Islam.

“Hak pengurusan adalah eksklusif di bawah seliaan Jabatan Waqaf dan Jabatan Hal Ehwal Aqsa, selari dengan perundangan antarabangsa dan daripada segi sejarah,” tambah beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil