Krisis Air Makin Meruncing Di Gaza.

Khamis, 08/05/2008 –Jurucakap Jawatankuasa Popular Anti Kepungan Gaza, Rami Abdo pada Selasa lalu memberi amaran sekatan Israel di Semenanjung Gaza telah mengakibatkan pengurangan air minuman secara mendadak dan menjadikan 1.5 juta penduduk Gaza berhadapan dengan risiko.

Dalam satu kenyataan yang dibuat di bandar Gaza dan satu salinan telah diperolehi PIC, Abdo menyatakan hampir 70% keluarga Palestin di wilayah tersebut menerima air minuman sekali setiap lima hari akibat kepungan itu sambil mengatakan sekatan Israel di Gaza juga melibatkan penyenggaraan rangkaian air dan rawatan air buangan.

“Penerusan tekanan di Gaza dan penutupan lintasan sempadan akan mendorong kepada bencana alam yang tidak dapat dielakkan hasil pencemaran yang berlaku” kata Abdo serta menjelaskan tahap efisyen rangkaian-rangkaian air di Gaza telah merosot lebih daripada 65%.