
Isnin,19-04-2021 – Gerakan Hamas telah mengulangi rayuannya untuk pembebasan tahanan Palestin, termasuk Mohamed al-Khudari dan anaknya Hani, dari penjara Saudi, menyatakan penahanan mereka yang berterusan sebagai “tidak wajar”.
“Mereka seharusnya dihormati dan dilayan dengan baik atas perkhidmatan yang telah diberikan untuk Kerajaan serta rakyatnya dan bukan ditangkap dan diseksa, terutamanya kerana mereka tidak melakukan kesalahan atau jenayah,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum dalam siaran media pada hari Khamis.
Jurucakap Barhoum menekankan bahawa pihak berkuasa Saudi wajib dari segi agama dan moral untuk membebaskan semua tahanan Palestin dari penjara membenarkan mereka kembali kepada keluarga, terutama pada bulan Ramadan.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar