
Isnin,19-04-2021 – Polis rejim Zionis pada hari Rabu lalu terus menghalang pentadbiran Masjid Al-Aqsa daripada menggunakan beberapa pembesar suara dengan memotong kabel mereka pada hari Selasa lalu.
Pada awal malam berkenaan, polis untuk hari kedua berturut-turut telah melarang sukarelawan Palestin untuk mengedarkan makanan berbuka puasa kepada para jemaah Muslim di Masjid Al-Aqsa.
Pegawai polis juga menahan seorang pemuda Baitulmaqdis yang bernama Muhanad Bashiti ketika beliau sedang dalam perjalanan ke Masjid untuk solat Maghrib.
Seorang pemuda lain yang dikenali sebagai Mahmoud ash-Shaweesh ditahan semasa kehadirannya di dalam Masjid Al-Aqsa sesudah azan Magrib.
Pada petang Selasa, petugas polis telah memotong wayar elektrik di beberapa pembesar suara di Masjid Al-Aqsa dalam usaha merendahkan bunyi azan dan bacaan Al-Quran pada bulan suci Ramadan.
Mereka juga telah merampas makanan berbuka puasa yang disediakan untuk jemaah Muslim dan telah mengganggu beberapa orang jemaah di luar Masjid.
Walau bagaimanapun, sekatan dan provokasi Israel seperti itu tidak menghalang ribuan jemaah Muslim melakukan solat tarawih di Masjid Al-Aqsa.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul