Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Sabotaj Kemudahan Air, Bakar Panel Elektrik di Nablus

Khamis,22-04-2021 – Segerombolan peneroka haram pelampau Yahudi pada petang Ahad lalu telah menyusup masuk ke kampung Asira al-Qibliya, di selatan Nablus, dan membakar papan agihan elektrik utama yang digunakan untuk menyediakan bekalan air ke kampung tersebut.

Pegawai tempatan Ghassan Daghlas mengatakan bahawa peneroka-peneroka berkenaan telah membakar papan kuasa utama, untuk kali kedua berturut-turut dalam tempoh dua bulan, dan merosakkan pintu masuk utama tangki air yang menyalurkan air ke kampung Asira al-Qibliya.

Dua bulan yang lalu, peneroka dari penempatan haram Yitzhar telah menyusup masuk ke kampung berkenaan dan menyabotaj papan agihan elektrik yang sama serta pintu utama tangki air.

Seperti kawasan lain di Tebing Barat Yang Diduduki, kampung-kampung dan kota-kota Palestin di selatan Nablus adalah terdedah kepada serangan harian oleh peneroka haram dan tentera Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul