Hamas: Serangan polis di Sheikh Jarrah menggambarkan kebiadaban Israel

Isnin , 10-05-2021 – Gerakan Hamas mengecam serangan dan intimidasi yang dilakukan oleh peneroka dan tentera Israel terhadap penduduk Jerusalem di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah malam tadi.

Dalam kenyataan media pada Selasa, jurucakap Hamas Abdul-Latif al-Qanu menggambarkan apa yang terjadi  di Sheikh Jarrah adalah cerminan dari kebiadaban Israel.

Beliau turut menegaskan bahawa sikap agresif Israel yang berterusan terhadap penduduk Sheikh Jarrah dan percubaan mereka untuk mengusir penduduk dari kediaman mereka akan “menyebabkan peningkatan konflik dengan pendudukan sekaligus akan menguatkan keteguhan penduduk Jerusalem untuk menggagalkan rancangan Israel.”

Pasukan polis Israel telah menangkap dan menyerang rumah penduduk tempatan dan aktivis di Sheikh Jarrah malam tadi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada mohd sayuti