Rejim Zionis Serbu Humsa Al-Fawqa, Dataran Al-Buqi’ di Lembah Jordan

Isnin , 10-05-2021 – Rabu lalu rejim Zionis telah menyerbu perkampungan Khirbet Humsa al-Fawqa dan Sahl al-Buqi’a di Lembah Jordan utara.

Moataz Bisharat, pegawai yang bertanggung jawab atas fail Lembah Jordan di Tubas, mengatakan bahawa lima kenderaan tentera unit pentadbiran dan organisasi rejim ZIonis telah menyerbu perkampungan tersebut sementara tentera Zionis meninjau kawasan tanah dan membandingkannya dengan peta yang mereka bawa.

Bisharat menambah bahawa Zionis juga masuk ke Dataran Al-Buqi’a, dan kemudianmya menuju ke desa Atouf pula.

Perkampungan Khirbet Humsa al-Fawqa adalah salah satu kawasan penting yang ingin dikawal oleh penjajahan. Ini telah menyebabkan kesusahan getir bagi penduduknya, terutama setelah mereka menghadapi 11 pengusiran dalam tempoh empat tahun terakhir atas alasan latihan ketenteraan Israel.

Penduduk mengalami gangguan setiap hari oleh rejim Zionis dan peneroka haram, termasuk penyitaan traktor pertanian dan ternakan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul