Afrika Selatan kecam serangan Israel ke atas penduduk Palestin di wilayah Jerusalem yang diduduki

Selasa,11-05-2021 – Kerajaan Afrika Selatan dan parti pemerintah negara tersebut telah secara tegas mengecam serangan rejim Israel ke atas penduduk Palestin yang sedang beribadat di masjid Al-Aqsa, serta rancangan kerajaan Israel untuk mengusir penduduk Palestin dari kejiranan Sheikh Jarrah di timur Jerusalem yang diduduki untuk memberi laluan kepada penceroboh haram Israel.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Sabtu, Jabatan Perhubungan dan Kerjasama Antarabangsa Afrika Selatan mengulang bahawa tindakan Israel itu adalah “satu perlanggaran undang-undang antarabangsa, juga pengabaian kepada undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan PBB”.

“Ia adalah membingungkan pada masa yang tidak dijangka ini, semasa komuniti antarabangsa sedang menguruskan cabaran global berkaitan pandemik Covid-19. Israel telah mengeksploitasi situasi untuk menambah luaskan lagi pencerobohannya ke atas tanah Palestin. Tindakan ini bukan sahaja tidak sah malah mengundang risiko menjejaskan usaha penyelesaian dua negara yang sedang dirundingkan dan akan memberikan akibat negatif ke atas keseluruhan proses damai”, kenyataan tersebut dibaca.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan