9 kanak-kanak antara 20 rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel di Gaza.

Rabu , 12-05-2021 – 20 orang rakyat Palestin terbunuh termasuk 9 kanak-kanak dalam serangan udara yang dilakukan oleh Israel di Jalur Gaza pada Isnin petang sementara 65 yang lain cedera.

Kementerian kesihatan mengatakan bahawa 20 mayat dibawa ke hospital tempatan di utara Jalur Gaza termasuk 9 kanak-kanak, dan salah satunya adalah bayi perempuan.

Pesawat perang Israel telah melancarkan serangan udara secara berangkai di berbagai kawasan yang terkepung dimulakan dengan serangan maut di bandar utara Beit Hanun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada mohd sayuti