Mishaal: Perjuangan Kami Menentang Penjajahan “Luar Biasa” dan “Diberkati”

Ahad,16-05-2021 – Ketua biro politik luar negara Hamas, Khaled Mishaal menggambarkan perjuangan Palestin menentang penjajahan Israel di saat ini adalah “luar biasa” dari segi spatial kerana telah dilancarkan demi kehormatan dan kesucian Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.

Dalam sebuah pesanan yang dirakam untuk rakyat Palestin pada hari Rabu, Mishaal juga menggambarkan perjuangan itu sebagai “diberkati” dari segi tempoh waktu kerana ia berlaku pada hari-hari terakhir bulan suci Ramadhan.

Pemimpin Hamas berkenaan memuji lelaki dan wanita Palestin kerana berani menentang penindasan Israel di gerbang Masjid Al-Aqsa dan di halamannya, sambil menekankan bahawa kepahlawanan mereka memberi nafas kepada seluruh rakyat Palestin dan negara-negara Islam.

“Mesej rakyat adalah jelas, ini adalah perjuangan untuk menyelamatkan Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa dan menggagalkan niat musuh untuk menyerang, mengawal dan mengYahudikan Aqsa dan mengusir orang-orang kita dari Baitulmaqdis dan jiwa mereka,” katanya.

“Gaza telah datang pada saat yang tepat seperti yang selalu dijangka. Pihak penentang telah campur tangan untuk melindungi orang-orang kami di Masjid Al-Aqsa dan Syeikh Jarrah dan untuk menegaskan bahawa perjuangan kami benar-benar bersatu dan bahawa ia adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan tempat-tempat sucinya.  Ia memberi amaran kepada musuh dan menghormati kata-katanya,” kata Mishaal.

Dia mendesak rakyat Palestin di Tebing Barat untuk melancarkan pemberontakan habis-habisan untuk membersihkan Palestin dari penjajahan dan bergabung dengan Gaza untuk menghasilkan pembebasan, kemenangan dan pengembalian yang epik.

Dia juga mendesak orang-orang Palestin di tanah-tanah 1948 yang diduduki untuk terus melakukan pemberontakan terhadap penjajahan tersebut, dan menggambarkan bahawa mereka adalah pemilik-pemilik tanah yang sah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul