Hamas : Ancaman Bush Hanya Kosong

Selasa, 20/05/2008 –
Hammad Al-Ruqub selaku jurucakap Hamas Isnin lalu menyatakan bahawa orang-orang Arab di rantau ini berdiri teguh di belakang pergerakan itu sambil menambah ancaman presiden AS George Bush hanya kosong belaka dan tidak menggerunkan atau memaksanya untuk mengenepikan hak-hak dan pendirian Palestin.

Dalam satu kenyataan akhbar yang diperolehi PIC, Ruqub berkata dasar Amerika tidak berhenti walau satu minit bagi menyokong ketidakadilan dunia sama ada sokongannya untuk penceroboh Israel Nazi ataupun kemusnahan yang dilakukannya di rantau lain serta menunjukkan dua syarat yang dikemukakan Bush adalah paling zalim dalam termakekejaman komited mereka.

Jurucakap itu juga menegaskan pentadbiran Amerika tiada hak untuk bercakap mengenai keamanan kerana ia menyalurkan Israel dengan pelbagai jenis senjata membawa maut dan dilarang oleh antarabangsa dalam usaha mereka untuk meletupkan setiap tubuh kanak-kanak dan orang awam, dan memusnahkan rumah-rumah dan kehidupan mereka.

One reply on “Hamas : Ancaman Bush Hanya Kosong”

Comments are closed.