Pencerobohan Israel: Haneyya, Perdana Menteri Malaysia Berbincang

Ahad,16-05-2021 – Pemimpin Hamas, Ismail Haneyya berbincang mengenai perkembangan semasa pencerobohan Israel terhadap Jalur Gaza, selain pelanggaran hak kawasan suci dan kewarganegaraan penduduk Jerusalem bersama Perdana Menteri Malaysia pagi Sabtu.

Turut dilaporkan dalam perbincangan melalui panggilan telefon itu, keputusan Israel memindahkan penduduk Syaikh Jarrah untuk meyahudikan Kota Suci, rancangan di Gerbang Al-Amud bagi memecahbelahkan Al-Aqsa, juga pembunuhan beramai-ramai di Jalur Gaza termasuk kanak-kanak.

Dalam masa yang sama, pemimpin Hamas menyatakan penghargaan terhadap kepimpinan dan rakyat Malaysia dalam usaha menyokong rakyat Palestin. Beliau juga memuji pendirian Malaysia berkenaan isu Palestin berikutan hubungan sejarah antara kedua-dua negara ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil